|
LANGKAWI 24 Nov. — Peniaga dan penjaja di pulau peranginan ini diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan dan makanan ketika berlangsungnya Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA”09) mulai 1 hingga 5 Dis. ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, para peniaga perlu mengenakan harga berpatutan supaya tidak menimbulkan masalah kepada pengunjung pameran itu.
"Kita harus menjaga imej Langkawi sebagai destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong dan penganjuran LIMA,” katanya pada kepada pemberita selepas meninjau persiapan segmen udara pameran itu di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri, di sini hari ini. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|