Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 24/11/2009
Pengambilan gula rakyat Malaysia membimbangkan

Pengambilan gula rakyat Malaysia membimbangkan

24/11/2009 7:40pm

KUALA LUMPUR 24 Nov. — Kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia telah sampai ke tahap amat membimbangkan dan negara akan terus mengalami kos ekonomi dan sosial yang tinggi sekiranya penduduk tidak mengubah gaya hidup mereka, demikian amaran oleh ahli fisioterapi terkenal hari ini.

Dr B.S.Bains berkata, kira-kira 14.5 peratus daripada 26 juta penduduk Malaysia menghidapi penyakit diabetes dengan bilangannya bertambah pada kadar yang tidak terkawal.

Dr Bains, yang juga presiden Persatuan Fisioterapi Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif rangkaian klinik Bains, turut memberi amaran mengenai peningkatan penyakit strok atau angin ahmar.

Katanya, kandungan gula yang tinggi dalam banyak makanan dan minuman kegemaran rakyat Malaysia merupakan punca utama penyakit diabetes yang sebaliknya berkait rapat dengan penyakit strok.

Dalam temu bual dengan Bernama, Dr. Bains mengenal pasti minuman teh tarik sebagai musuh nombor satu kadar tinggi pengambilan gula. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN