Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 24/11/2009
10 pelajar asing ditahan bersama dadah bernilai RM63,000

10 pelajar asing ditahan bersama dadah bernilai RM63,000

24/11/2009 7:35pm

SHAH ALAM 24 Nov. — Seramai 10 pelajar rakyat asing yang disyaki mengedar dadah jenis heroin dan ganja, ditahan dan polis merampas 1,280 gram dadah yang dianggar bernilai RM63,000 dalam dua operasi di sekitar Lembah Klang semalam.

Dalam operasi pertama semalam, polis menahan empat lelaki rakyat Nigeria serta merampas dua bungkusan plastik mengandungi dadah jenis heroin seberat 925 gram ketika membuat pemeriksaan di hadapan sebuah hotel di Subang Jaya, pada kira-kira pukul 8.45 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Nordin Kadir berkata keempat-empat suspek berusia dalam lingkungan 23 dan 28 tahun itu dan menuntut di kolej berasingan sekitar Lembah Klang itu, disyaki mengedar dadah untuk pasaran luar negara.

"Kesemua mereka direman sehingga 28 Nov. dan kami juga telah menghantar surat kepada kolej-kolej terbabit bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai penuntut terbabit,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN