|
KUALA LUMPUR 24 Nov. — Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan kerjasama Polis Daerah Ampang Jaya dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) hari ini merobohkan 50 pondok haram yang dipercayai menjadi sarang kepada pendatang asing tanpa izin di kawasan Ukay Perdana, Ampang di sini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan berkata, Operasi Khas itu dijalankan ekoran peningkatan kes jenayah seperti pecah rumah dan samun yang semakin berleluasa melibatkan pendatang asing tanpa izin di sekitar kawasan berkenaan.
"Melalui maklumat awam dan risikan, kami mendapati ramai pendatang asing tanpa izin ini berselindung di pondok-pondok usang yang dibina tanpa kebenaran pihak MPAJ,” katanya kepada pemberita di lokasi operasi berkenaan. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|