Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 24/11/2009
Penyelidik USM cipta bahan utama ubat sakit jantung

Penyelidik USM cipta bahan utama ubat sakit jantung

24/11/2009 7:27pm

PULAU PINANG 24 Nov. — Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan bahan utama yang diperlukan dalam penghasilan ubat sakit jantung dengan menggunakan kaedah unik yang mesra alam.

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM, Prof. Abdul Latif Ahmad berkata, bahan utama yang dikenali sebagai L-homophenylalanine dihasilkan menggunakan kaedah biopemangkin dengan gabungan teknologi enzim dan membran yang jauh lebih selamat dan pertama dihasilkan oleh penyelidik tempatan.

"L-homophenylalanine memang sudah ada dalam pasaran namun yang membezakannya dengan produk ciptaan kami adalah kaedah yang digunakan untuk menghasilkannya.

"L-homophenylalanine komersial kebanyakannya dihasilkan menggunakan kaedah kimia yang mana secara umum adalah lebih rumit, melibatkan kos yang tinggi serta boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN