Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 24/11/2009
Banjir tidak halang kastam banteras penyeludupan

Banjir tidak halang kastam banteras penyeludupan

24/11/2009 7:24pm

KUALA TERENGGANU 24 Nov. — Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Terengganu tidak menjadikan banjir yang melanda negeri itu sebagai halangan untuk membanteras kegiatan penyeludupan, malah meningkatkan usaha menanganinya menerusi operasi di lautan dan juga di darat.

Pengarah Kastam Negeri, Datuk Azis Yacub berkata, kegiatan penyeludupan barang-barang yang belum diluluskan jabatan itu, sama ada melalui laut atau darat sangat serius di Terengganu.

"Ini terbukti menerusi operasi ”Ops Lada” yang kita jalankan selama 10 hari bermula 14 Nov. lalu, seramai 28 individu dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan telah ditahan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut beliau, sepanjang tempoh itu juga, pihaknya telah merampas barangan seludup seperti rokok dan beras bernilai RM9,573, manakala anggaran cukainya sebanyak RM38,209.

Beliau berkata, sepanjang Op Lada dijalankan, sebanyak 39 kapal dan bot, 13 kenderaan dan 130 premis di negeri itu telah diperiksa.

Dari jumlah itu, 28 kes itu disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam iaitu kesalahan memiliki barang belum lulus Kastam, dan jika sabit kesalahan pesalah boleh didenda lima kali ganda dari harga barang. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN