|
KUALA LUMPUR 24 Nov. — Pekeliling Kementerian Kewangan mengenai pengklasifikasian projek kerajaan yang lewat siap melebihi 20 peratus sebagai projek sakit hanya akan dikuatkuasa mulai Jun 2010, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Penangguhan itu bagaimanapun hanya melibatkan projek yang sedang berjalan atau diluluskan sebelum pekeliling mengenainya dikeluarkan September lepas, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Deepavali peringkat kementerian itu, di sini hari ini. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|