|
SHANGHAI 24 Nov. - Agensi perancangan ekonomi China berkata bahawa pihaknya telah meluluskan cadangan untuk membina taman tema Disney di Shanghai.
Jawatankuasa Perubahan dan Pembangunan Kebangsaan negara itu berkata, taman tersebut dirancang dibina di timur Shanghai di kawasan Pudong.
Bagaimanapun maklumat lengkap mengenai projek tersebut tidak diberikan.
Pihak Disney berkata, buat permulaan taman tema tersebut meliputi taman ala Magic Kingdom sesuai dengan kedudukan Shanghai sebagai hab komersial dan kewangan di tanah besar China. - AP
IKLAN@UTUSAN
|