|
KUALA LUMPUR 23 Nov. — Malaysia tidak pernah menjadi pusat pengedaran atau penghantaran peralatan dan teknologi nuklear ke Iran, kata Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay hari ini.
Beliau berkata, walaupun terdapat beberapa kes rakyat dan syarikat dari negara ini yang didakwa melakukan kesalahan sedemikian di luar negara, iaitu Amerika Syarikat, kes itu merupakan kes terpencil.
"Kes yang melibatkan tuduhan dan dakwaan ke atas dua syarikat dan dua individu dari Malaysia ini adalah kes yang terpencil dan ia tidak membuktikan bahawa Malaysia telah menjadi pusat bagi aktiviti-aktiviti sedemikian,” katanya di Dewan Rakyat di sini. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|