|
KUALA LUMPUR 23 Nov. — “Ibarat nyawa di hujung tanduk”, demikian digambarkan oleh anggota Pasukan Perubatan Malaysia (MMU) 7 mengenai pengalaman berkhidmat enam bulan di bawah Panji-Panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Sahara Barat di utara Afrika.
Periuk api, suhu sekitar dan ribut pasir antara cabaran genting yang dihadapi sembilan pegawai dan 11 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai misi PBB untuk Referendum di Sahara Barat (MINURSO) sejak 22 Mei lalu.
Komander MMU 7, Leftenan Kolonel Dr. Amaradran William Davis Dass, 45, berkata, suhu ketika malam di padang pasir terlalu sejuk manakala tengah hari terlalu terik hingga mencecah 65 darjah Selsius.
"Kita juga berhadapan dengan bahaya patukan ular jenis ”double-horn” dan periuk api yang ada di mana-mana dan panggilan kecemasan yang memerlukan kami bergerak dari satu kem ke kem lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama
IKLAN@UTUSAN
|