Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 23/11/2009
Kebakaran musnah 4 rumah di Kampung Susur 1

Kebakaran musnah 4 rumah di Kampung Susur 1

23/11/2009 8:02pm

JOHOR BAHRU 23 Nov. — Empat rumah musnah dalam satu kebakaran di Kampung Susur 1, Jalan Tun Razak di sini hari ini, yang mengakibatkan 14 keluarga kehilangan tempat tinggal.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Larkin, Foo Ah Kong berkata, 16 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian bersama tiga jentera bomba dari Balai Larkin selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 10 pagi.

Beliau yang ditemui di tempat kejadian berkata, kebakaran itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa dan jumlah kerugian serta punca kebakaran sedang disiasat. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN