|
KUALA LUMPUR 23 Nov. — Mayat Teoh Beng Hock, yang digali semula Sabtu lepas untuk tujuan siasatan berhubung kes kematiannya, akan dikebumikan semula pagi esok di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih, dekat sini.
Adik perempuannya, Teoh Lee Lan, 29, berkata, upacara pengebumian mendiang akan dilakukan oleh pihak pengurusan Taman Peringatan Nirvana pada 10 pagi esok. - Bernama
IKLAN@UTUSAN
|