|
KUALA LUMPUR 23 Nov. — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam usaha kerajaan membina model ekonomi baru berasaskan pengetahuan, universiti memainkan peranan penting sebagai pusat kecemerlangan ilmu, inovasi dan kreativiti yang akan memacu ekonomi negara ke tahap lebih tinggi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam hal ini, sumbangan universiti terhadap penghasilan kajian dan penemuan baru yang bermutu tinggi dalam pelbagai bidang merupakan prasyarat utama pencapaian matlamat ini.
"Justeru, dunia akademik di negara ini perlu dirangsangkan dengan budaya kecemerlangan penyelidikan yang akan menggalakkan percambahan ilmu dan penghasilan pelbagai penemuan baru yang bermanfaat untuk kemajuan negara,” katanya semasa berucap pada majlis penyampaian “Anugerah Tesis Terbaik YAB Tan Sri Datuk Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin”, di sini hari ini. - Bernama
IKLAN@UTUSAN
|