|
MEKAH 23 Nov. - Tabung Haji akan berusaha mempertahankan kos mengerjakan haji dengan mengikat perjanjian sewaan dan pajakan bangunan untuk jangka masa lebih panjang dengan pemilik bangunan di sini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, buat masa sekarang itulah sahaja cara yang boleh dilakukan oleh Tabung Haji untuk terus mengekalkan kos mengerjakan haji.
“Memandangkan jemaah haji Malaysia ialah sekitar 26,000 orang, bermakna Tabung Haji terpaksa mencari dan menyewa bangunan hotel yang pelbagai untuk disewa bagi tempoh antara 10 hingga 15 tahun.
“Ini sudah pasti akan melibatkan perbelanjaan yang besar,” katanya kepada pertugas media Tabung Haji selepas melawat pejabat operasi Tabung Haji di bangunan Janadriah di sini hari ini. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|