Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 23/11/2009
14,000 projek pembinaan Kementerian Pelajaran di bawah RM-9

14,000 projek pembinaan Kementerian Pelajaran di bawah RM-9

23/11/2009 7:33pm

BATU PAHAT 23 Nov. — Kementerian Pelajaran berjaya melaksanakan hampir 14,000 projek pembinaan sehingga kini menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan membabitkan kos berjumlah RM22.8 bilion.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang berkata, jumlah itu termasuk pembinaan sebanyak 300 buah sekolah rendah dan menengah baru serta 1,700 bangunan tambahan sekolah yang dijangka siap sepenuhnya tahun depan dan 2011.

"Bagi tahun depan, sebanyak 54 buah sekolah rendah baru dan 86 bangunan tambahan akan siap yang akan beroperasi pada Januari dan Jun manakala 60 sekolah menengah baru dan 266 bangunan tambahan yang akan siap dan beroperasi pada Januari dan Jun,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke kawasan pembinaan Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, di sini, hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN