Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 23/11/2009
Tiga diserang beruk liar

Tiga diserang beruk liar

23/11/2009 7:24pm

KUANTAN 23 Nov. — Tiga kanak-kanak cedera selepas diserang beruk jantan liar di Taman Murni, Sungai Isap dekat sini, hari ini dan semalam.

Fatini Sakira Ahmad Safri, 2, diserang beruk itu pada kira-kira 8 pagi ini manakala dua lagi, Khairul Azwan Khairudin, 14, dan Nuha Nurfaiqah Sheikh Akhbar, 7, dikatakan diserang beruk yang sama malam tadi.

Fatini Sakira cedera di pangkal paha dan tangan kirinya selepas diserang beruk liar terbabit ketika sedang bermain bersama kakaknya di dalam rumah datuk mereka, manakala Khairul Azwan digigit ketika makan bersama keluarganya di warung berhampiran rumah mereka.

Nuha Nurfaiqah pula diserang beruk itu ketika berada di rumah ibu saudaranya di taman berkenaan.

Datuk kepada Fatini Sakira, Mohamad Yassin Khalid, 62, ketika ditemui di sini berkata, beruk itu memasuki rumahnya menerusi pintu hadapan yang tidak ditutup. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN