Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 23/11/2009
Senjata tajam antara barangan rampasan kastam

Senjata tajam antara barangan rampasan kastam

23/11/2009 6:40pm

TAWAU 23 Nov. — Sebanyak 103 bilah pelbagai jenis senjata tajam adalah di antara barangan yang berjaya dirampas Jabatan Kastam di sini sejak tiga minggu lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Md Hassim Pardi berkata, daripada jumlah berkenaan 61 bilah adalah parang, 26 keris, 12 pedang samurai dan lima bilah badik.

"Biasanya kita dapati seorang (penumpang) membawa sebilah sahaja. Bukannya membawa banyak. Mungkin untuk digunakan di kebun.

"Kita memang memandang berat dan memberi perhatian serius terhadap perkara ini. Barangan lain yang turut kita diberi perhatian ialah penyeludupan masuk kain sarung dan ubat-ubatan termasuk jamu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN