|
BANDUNG 23 Nov. — Semangat 1Malaysia dengan teras persefahaman perpaduan rakyat berbilang kaum dan saling menghormati, terus bersemarak di kalangan mahasiswa Malaysia di Indonesia.
Bukti terbaru ialah penyertaan mahasiswa berbilang kaum pada sambutan Deepavali yang dianjurkan mahasiswa Universiti Padjajaran di sebuah hotel di sini malam semalam, dengan persembahan kebudayaan tradisional dan moden yang menarik oleh mahasiswa pelbagai kaum.
Ketua Pemuda MIC, T. Mohan yang disertai lapan anggota exconya yang terbang khusus dari Kuala Lumpur ke Bandung untuk menghadiri sambutan itu, mengakui sangat terharu dengan segar dan mekarnya perpaduan mahasiswa berbilang kaum itu.
"Kita terharu dan sangat bangga dengan semangat 1Malaysia yang kita lihat dihayati dengan baik oleh mahasiswa berbilang kaum di sini. Persefahaman dan perpaduan di kalangan mereka menjanjikan masa depan yang sangat baik untuk Malaysia,” katanya kepada Bernama sebelum berlepas pulang ke tanah air, hari ini. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|