|
Pulau Pinang 23 Nov. — Kerajaan Pulau Pinang telah menyetujui pada dasarnya dua projek pembangunan di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, persetujuan dibuat setelah Perda menyatakan kesediaanya untuk mendirikan lebih banyak rumah kos rendah.
"Dalam pelan awal dua projek itu, terlalu sedikit rumah kos rendah dimasukkan...untuk keluarga berpendapat rendah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, kerajaan negeri telah meminta lebih banyak rumah kos rendah dibina di kawasan seluas 6.2 hektar di Teluk Bahang dan 10 hektar di Teluk Kumbar untuk dimajukan oleh Perda.
"Setelah permintaan itu diluluskan, projek berkenaan kini boleh diteruskan,” kata Guan Eng.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak berhasrat melengah-lengahkan projek oleh agensi kerajaan persekutuan itu. - Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|