Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 23/11/2009
UNDP puji Johor tingkat peluang kerja untuk OKU

UNDP puji Johor tingkat peluang kerja untuk OKU

23/11/2009 6:27pm

JOHOR BAHRU 23 Nov. — Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) memuji kerajaan Johor berikutan komitmennya dalam meningkatkan peluang pekerjaan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dengan menjadi negeri pertama mewujudkan Unit Pekerjaan untuk Golongan Kurang Upaya.

Penolong Wakil Residen UNDP Malaysia, James George Chacko berkata, unit itu akan membolehkan kerajaan negeri mewujudkan penghubung antara golongan kurang upaya dan majikan.

"Projek perintis itu, yang dimulakan tahun lepas, berupaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya dalam sektor awam dan swasta di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Kebangsaan mengenai Pekerjaan dan Kehilangan Upaya oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN