Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 23/11/2009
Kanak-kanak mati dipercayai ditikam saudara sendiri

Kanak-kanak mati dipercayai ditikam saudara sendiri

23/11/2009 6:20pm

MIRI 23 Nov. — Seorang kanak-kanak lelaki berumur 14 tahun mati, dipercayai selepas ditikam oleh seorang saudaranya yang berumur 24 tahun di kawasan perumahan Tudan kira-kira 20 km dari sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Jamaludin Ibrahim yang mengesahkan kejadian itu berkata, peristiwa itu berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah malam di bilik tidur Servester Budit.

Beliau berkata, ia dipercayai berpunca dari pertengkaran apabila suspek menuntut supaya Servester mengembalikan kunci motosikalnya, namun Servester menafikan kunci itu ada padanya.

Katanya, suspek meninggalkan bilik tidur itu sebelum kembali beberapa minit kemudian sambil membawa sebilah pisau lalu menikam Servester di bahagian kepala.

Servester dibawa oleh anggota keluarganya ke hospital Miri, namun beliau disahkan meninggal dunia di hospital itu.

Jamaludin berkata, polis menahan suspek di sekitar Tudan pada kira-kira pukul 3 pagi, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN