Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 23/11/2009
Tangani budaya guru sembrono di sekolah

Tangani budaya guru sembrono di sekolah

23/11/2009 5:16pm

KUALA LUMPUR 23 Nov. — Kementerian Pelajaran akan segera menangani gejala guru semberono, iaitu yang mengajar sambil lewa di sekolah bagi memastikan ia tidak menjejaskan sistem pendidikan negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, walaupun tidak ada statistik mengenai guru-guru berkenaan, kementerian tidak memandang ringan gejala itu sehingga ia menjadi suatu budaya tidak sihat.

"Perkara ini harus diberi perhatian agar tidak terus menjadi penyakit berjangkit sehingga mampu menjadi satu budaya kolektif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang kali ketujuh di sini, hari ini.

Mohd Puad berkata, antara punca guru-guru bersikap semberono adalah kerana tekanan dan masalah peribadi seperti masalah rumah tangga serta persepsi masyarakat yang kadangkala tidak membantu guru.

"Umpamanya kes tragedi di Kuala Dipang, Perak yang mana terdapat ibu bapa yang ingin menyalahkan guru sehingga memberi tekanan kepada guru terbabit,” katanya. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN