Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 23/11/2009
Kedah akan kaji semula pembaharuan lesen mahjung

Kedah akan kaji semula pembaharuan lesen mahjung

23/11/2009 4:48pm

ALOR SETAR 23 Nov.— Kerajaan Kedah tidak bercadang meluluskan secara otomatik pembaharuan lesen mahjung kepada persatuan-persatuan yang telah diberi lesen, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya, kelulusan memperbaharui lesen itu hanya akan dibuat selepas pihaknya berbincang dengan Jawatankuasa Hiburan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Kerajaan Kedah merasakan mahjung sebahagian judi kerana menggunakan duit semasa bermain. Sebab itu kita bercadang mengkaji semula pembaharuan lesennya,” kata beliau apabila diminta mengulas pertanyaan lisan Anggota Dewan Undangan Negeri Sidam, Tan Joo Long semasa persidangan dewan itu semalam.

Azizan ditemui pemberita selepas menyerahkan 346 ekor lembu qurban kepada Pejabat-Pejabat Daerah, agensi-agensi kerajaan dan Pejabat Agama Negeri di perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Menurutnya, kajian itu untuk kebaikan semua orang bagi mencegah masyarakat mengambil jalan mudah mendapatkan duit berikutan pihaknya menerima banyak rungutan akibat permainan berunsur perjudian. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN