Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 23/11/2009
Malaysia masih hadapi risiko hadapi gelombang kedua H1N1

Malaysia masih hadapi risiko hadapi gelombang kedua H1N1

23/11/2009 4:15pm

KOTA KINABALU 23 Nov. — Walaupun gelombang kedua H1N1 belum sampai ke negara ini, orang ramai dinasihatkan terus berjaga-jaga oleh kerana kes influenza A (H1N1) masih aktif di Malaysia.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, walaupun bilangan kes H1N1 yang dimasukkan ke hospital telah menurun ke 30 hingga 40 peratus, ini tidak bererti Malaysia bebas dari gelombang kedua, yang telahpun melanda beberapa negara lain.

"Kita bersyukur (gelombang kedua) belum sampai...Tapi kita tidak boleh isytiharkan negara bebas H1N1 lagi kerana H1N1 di negara kita masih aktif, terdapat kes-kes H1N1 yang dilaporkan di beberapa negeri namun kadar kematian telah berhenti setakat 77 kematian sejak beberapa bulan lepas.

"Walau bagaimanapun kita tidak boleh berada dalam keadaan selesa, kerana kita masih perlu berhati-hati mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk tangani isu ini,” katanya selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa Kedua mengenai Perubatan Desa 2009 di sini hari ini.

Mengenai perkembangan berkaitan, beliau berkata, Sabah telahpun menerima pakej pertama tidak lebih dari 2,000 dos vaksin dari sejumlah 400,000 dos yang dipesan oleh kementerian dari sebuah syarikat UK yang akan diserahkan secara berperingkat. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN