|
KUALA LUMPUR 23 Nov. — Lebih 80 penjawat awam jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyertai Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) di sini hari ini.
Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kementerian itu Siti Robani Yusuf berkata konvensyen sehari itu diadakan sempena majlis sambutan Hari Kualiti 2009 kementerian yang akan diadakan esok di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, di sini.
"Konvensyen ini bertujuan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja kakitangan jabatan dan agensi kerajaan di bawah kementerian ini melalui pembentangan idea dan inovasi masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini.
Satu pameran “Masyarakat Berinovasi Negara Berkualiti” oleh jabatan dan agensi kementerian termasuk Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Jabatan Filem Negara Malaysia akan diadakan esok. - Bernama
IKLAN@UTUSAN
|