Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 23/11/2009
Langkah pencegahan H1N1 di semua kem PLKN

Langkah pencegahan H1N1 di semua kem PLKN

23/11/2009 12:57pm

SIBU 23 Nov. — Ibu bapa diingatkan agar jangan bimbang untuk menghantar anak mereka yang dipilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun depan ekoran Influenza A(H1N1).

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Awang Hadi Awang Kechil berkata, Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah-langkah berwaspada dan pencegahan Influenza A(H1N1) di semua 82 kem PLKN di seluruh negara.

Mulai Januari tahun depan, beliau berkata 38,000 pelatih PLKN akan menghadiri sesi pertama, 42,000 untuk sesi kedua pada Mac dan 40,000 bagi sesi ketiga pada Jun.

Selain itu, 26,000 yang lain yang telah menangguhkan latihan mereka, akan menyertai sesi latihan ini pada tahun depan yang akan dibahagi-bahagikan kepada tiga sesi itu, katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan makan malam dengan pengendali Kem PLKN Bumimas, Ho Su Yen dan kakitangannya.

"Kita akan sentiasa menghubungi Kementerian Kesihatan. Kita akan sentiasa memantau semua kem kita untuk kebersihan serta kesihatan bagi semua pelatih kita,'' katanya. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN