|
KUALA LUMPUR 23 Nov — Kerajaan akan mengkaji cadangan untuk menubuhkan Bahagian Teknologi Keselamatan bagi memastikan keselamatan negara khususnya di kawasan sempadan benar-benar stabil.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop berkata kerajaan sedar penggunaan teknologi terkini di pintu-pintu masuk negara adalah penting untuk meningkatkan tahap keselamatan negara.
"Bagi tempoh jangka pendek, kerajaan telah mengambil usaha-usaha untuk melengkapkan pintu masuk negara yang dikenal pasti strategik dengan mesin pengimbas berteknologi terkini bertujuan mengesan barang-barang terhalang dan menyalahi undang-undang negara.
"Bagi tempoh jangka panjang pula kerajaan sedang mengkaji bagi menaik taraf penggunaan mesin pengimbas berkuasa tinggi di tempat-tempat masuk negara,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. - Bernama
IKLAN@UTUSAN
|