Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 23/11/2009
MIC adakan pendaftaran pengesahan pengundi

MIC adakan pendaftaran pengesahan pengundi

23/11/2009 11:22am

KUALA LUMPUR 23 Nov. — Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mengarahkan satu proses pengesahan dan pendaftaran pengundi dilaksanakan di semua cawangan parti seluruh negara sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, MIC perlu mempunyai jumlah pengundi dalam memastikan pengundi dapat diberikan kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya, langkah pertama ialah untuk mengesahkan pengundi yang telah berdaftar di setiap cawangan MIC bagi mengetahui status pengundi sekarang.

“Mereka hendaklah mengenalpasti jika semua pengundi itu kini menetap di lokaliti masing-masing atau telah berpindah, dan jika, cari mereka dan sahkan status mereka (pengundi)” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, keutamaan ialah untuk memastikan bahawa anggota parti seramai 630,000 orang berdaftar sebagai pengundi. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN