|
NEW YORK 23 Nov. – Peguam seorang daripada lima lelaki yang dibicarakan berhubung kes serangan 11 September memberitahu bahawa anak guamnya merancang untuk mengaku tidak bersalah dan akan menggunakan perbicaraan tersebut untuk menyuarakan pandangan politiknya.
Peguam Scott Fenstermaker berkata, Ali Abd al-Aziz Ali dan yang lain tidak akan menafikan peranan mereka dalam serangan pada 2001 itu tetapi akan memberitahu juri `mengapa mereka melakukannya’.
“Mereka akan menerangkan `penilaian mereka berhubung dasar luar Amerika Syarikat,” kata Fenstermaker.
Dia yang bertemu dengan Ali minggu lalu di penjara Guantanamo Bay, Cuba turut memberitahu bahawa kelima-lima lelaki tersebut termasuk perancang utama serangan 9/11, Khalid Sheikh Mohammed telah mengadakan perbincangan berhubung perbicaraan tersebut. – AP
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|