Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
BERITA UTAMA

ARKIB : 23/11/2009
Kaji keberkesanan pembelajaran Matematik, Sains sekolah Cina

Kaji keberkesanan pembelajaran Matematik, Sains sekolah Cina

BANDUNG 22 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan kajian terperinci dibuat berhubung kaedah pembelajaran dan pengajaran Matematik dan Sains di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) yang terbukti lebih berkesan.

Berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan baru-baru ini, kata beliau, sekolah-sekolah terbabit memperoleh keputusan cemerlang bagi mata pelajaran Matematik dan Sains berbanding sekolah-sekolah lain.

Sehubungan itu, menurut beliau, Ketua Pengarah Pelajaran diarahkan supaya membandingkan keputusan Sekolah Kebangsaan dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan secara terperinci.

“Bagi mata pelajar Matematik dan Sains ternyata keputusan yang lebih baik dicatatkan oleh sekolah kebangsaan Cina dan mungkin model pembelajaran serta pengajaran boleh diterapkan di sekolah kebangsaan,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, secara umum prestasi keseluruhan UPSR meningkat, tetapi perbandingan dilakukan mendapati beberapa sekolah adalah lebih cemerlang.

Selain itu, katanya, perbandingan turut dilakukan bagi keputusan UPSR murid lelaki dengan perempuan, sekolah bandar dengan luar bandar.

Analisis tersebut, ujar beliau, akan digunakan bagi merapatkan jurang pencapaian pendidikan yang wujud. - Utusan

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN