Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 22/11/2009
Penarik kereta maut kereta terperosok bawah lori ayam

Penarik kereta maut kereta terperosok bawah lori ayam

22/11/2009 8:38pm

SHAH ALAM 22 Nov. — Seorang penarik kereta maut apabila kereta yang dipandunya merempuh lori empat tan yang membawa muatan ayam di Km 23, jalan Klang-Teluk Intan awal hari ini.

A.Palanisamy, 29, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan dada.

Ketua Polis Trafik Selangor, Supt Che Hussein Omar ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4.30 pagi ketika kedua-dua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah Klang ke Kuala Selangor.

"Kereta mangsa yang dipercayai dipandu laju remuk selepas terperosok di bawah lori,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN