|
KUALA LUMPUR 22 Nov.— Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga kini telah menanam 8,800 pokok yang terdiri daripada 130 spesis pokok hutan di lima hektar kawasan Arboretumnya sejak tahun lepas.
Pensyarah Fakulti Perhutanan universiti itu, Datuk Dr. Nik Muhamad Nik Abd. Majid berkata, UPM mensasarkan untuk menanam 280,000 pokok yang terdiri daripada 400 spesis pokok hutan sehingga akhir tahun depan bagi memenuhi program kedua model hutan tropika di tengah bandar yang diadakan dengan usahasama syarikat permotoran Jepun, Mitsubishi Corporation.
Program model hutan tropika ini mula diadakan pada 1991 di bawah “projek penyelidikan bersama mengenali pemuliharaan ekosistem hutan hujan tropika"
antara UPM dan Yokohama National University, Jepun dan dibiayai oleh Mitsubishi dengan model hutan tropika pertama diwujudkan di cawangan UPM di Bintulu, Sarawak, kata Nik Muhamad selaku pengasas projek itu kepada pemberita selepas melancarkan acara menanam pokok bersama pengurus besar jabatan tanggungjawab sosial korporat dan hal ehwal alam sekitar Japan Mitsubishi Corporation, Minoru Akita di UPM Serdang, dekat sini hari ini.
- Bernama
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|