Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 22/11/2009
Kerajaan Kedah setuju KEDA dilanjutkan

Kerajaan Kedah setuju KEDA dilanjutkan

22/11/2009 6:16pm

ALOR SETAR 22 Nov. — Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini diberitahu kerajaan negeri telah bersetuju melanjutkan tempoh perkhidmatan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan bersyarat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata tempoh perkhidmatan KEDA yang tamat pada 2011 akan dilanjutkan sekiranya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLBW) bersetuju dengan syarat-syarat Kerajaan Negeri.

Menjawab soalan bertulis Datuk Saad Man (BN-Jitra), Azizan berkata antara syarat tersebut melantik timbalan pengerusi KEDA daripada kalangan pegawai kerajaan negeri dan meletakkan tiga wakilnya dalam lembaga pengarah agensi itu.

"Melihat hubungan tidak konsisten antara kedua-dua pihak, kerajaan negeri pada awalnya bercadang mengambilalih KEDA tetapi keputusan kerajaan pusat untuk berbincang dan menerima secara dasar syarat-syarat yang dikenakan maka kontrak KEDA disambung semula,” katanya.

- BERNAMA

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN