|
KABUL, 21 Nov. - Sekolah-sekolah dan kebanyakan institusi pendidikan di Afghanistan akan dibuka semula bermula esok selepas ditutup selama tiga minggu berikutan catatan kematian pertama di negara itu, menurut kementerian pelajaran hari ini.
Universiti di kawasan panas di selatan negara itu juga turut akan dibuka esok manakala universiti di kawasan sejuk pula akan dibuka pada bulan Februari, menurut seorang pegawai kementerian pengajian tinggi kepada AFP.
“Kementerian Pelajaran telah memaklumkan perkara ini kepada semua pelajar, tenaga pengajar kolej serta kedua-dua institut teknikal dan profesional, termasuk sekolah-sekolah swasta bahawa pembelajaran di semua institusi pengajian tinggi yang berkaitan dengan kementerian akan dibuka bermula 22 November,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini kementerian itu mengumumkan bahawa semua sekolah turut akan dibuka esok.
Menurutnya, semua pelajar diwajibkan memakain topeng muka dan diarahkan supaya mematuhi garis panduan pencegahan dan sanitasi yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan.
Semua sekolah sebelum ini telah diarahkan supaya ditutup selama tiga minggu selepas seorang jurutera dari Kabul menjadi mangsa pertama yang meninggal dunia akibat influenza A (H1N1). - AFP
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|