Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 22/11/2009
Saudi umum empat kematian selesema babi

Saudi umum empat kematian selesema babi

22/11/2009 2:33am

RIYADH, Arab Saudi 21 Nov. - Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan empat kematian pertama akibat wabak selesema babi yang menular pada musim haji tahun ini di Mekah.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata, tiada seorang daripada mangsa mendapat suntikan vaksin dengan semua mereka telah dijangkiti dalam tempoh dua hingga tiga hari sejurus selepas tiba di Arab Saudi.

Ibadah haji merupakan satu kewajipan bagi umat Islam yang berkeupayaan dan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Ibadah haji telah menjadi fokus utama kepada kebanyakan pegawai kesihatan di seluruh dunia kerana jumlah dan kepadatan jemaah haji yang ramai telah meningkatkan kebimbangan terhadap penularan wabak selesema babi.

Kira-kira tiga juta umat Islam daripada 160 negara telah menunaikan ibadah haji yang bermula pada 26 November ini ketika musim selesema mula merebak di kawasan hemisfera utara. - AP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN