Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 22/11/2009
Anak nelayan membanggakan

Anak nelayan membanggakan


Mohd. Bakri Mohd Zinin memberikan kata-kata semangat kepada tiga pelatih terbaik dari kiri, Mohd Shahidan Zakaria, Abdul Mujib Nikmat dan Akmal Haziq Sharuddin selepas Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Konstabel (lelaki) Siri 1/2009 di Pulapol Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan, semalam. – Mingguan/MD. Shahjehan maamin


JEMPOL 21 Nov. – Kejayaan anak seorang nelayan, Mohd. Shahidan Zakaria, 25, memang membanggakan apabila dipilih Anugerah Akademik Terbaik pada Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Konstabel Lelaki Siri 1/2009 di sini hari ini.

Beliau yang berasal dari Bachok, Kelantan nyata tidak menduga hasil usaha yang dilakukan sepanjang berada di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Air Hitam sejak Mei lalu membuahkan hasil.

Tambah Mohd. Shahidan, penerimaan anugerah ini merupakan satu penghargaan yang besar buat dirinya sebagai salah seorang anggota yang baru sahaja menamatkan latihan asas di situ.

“Saya sebenarnya tidak menduga untuk menerima anugerah ini. Setelah mengetahuinya, saya memang bercadang tidak akan memberitahu ayah saya mengenainya.

“Apabila saya diumumkan sebagai penerima anugerah, ayah nyata terkejut dan sangat bersyukur apabila impiannya untuk melihat anaknya sebagai anggota polis tercapai,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari.

Pada majlis berkenaan, seramai 837 pelatih menamatkan sesi latihan yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin.

Sementara itu, bagi penerima Anugerah Terbaik Keseluruhan, Abdul Mujib Nikmat, 22, berkata, minat beliau menganggotai bidang kepolisan ini tercetus sejak di bangku sekolah lagi.

Namun, katanya, ia merupakan anugerah yang tertinggi pernah diterimanya setakat ini dan berhasrat untuk mempertingkatkan diri menjadi pegawai polis.

“Saya memang meminati untuk menganggotai badan beruniform sejak sekolah lagi. Malah selepas menamatkan Diploma Autodiesel di Politeknik Dungun, saya terus mengambil peluang untuk menceburkan diri dalam pasukan polis.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang banyak memberi sokongan dan dorongan. Anugerah ini merupakan hasil daripada panduan dan tunjuk ajar dari mereka,” katanya.

Bagi penerima Anugerah Latihan Luar, Akmal Haziq Sharuddin, 19, berkata, anugerah ini merupakan satu pembakar semangat untuk dirinya untuk memulakan kariernya sebagai anggota polis.

“Saya berasa gembira pada hari ini kerana dipilih untuk menerima anugerah ini. Bagi saya, tanpa dorongan semua termasuk ibu bapa serta rakan-rakan, sudah semestinya saya tidak berada di sini,” ujarnya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN