Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 22/11/2009
Majlis khatan kecoh peserta takutkan jarum

Majlis khatan kecoh peserta takutkan jarum

KUCHING 21 Nov. - Gara-gara takut jarum suntikan, majlis khatan beramai-ramai di sini kecoh apabila seorang kanak-kanak menangguhkan hasratnya untuk bersunat lebih sejam.

Muhammad Wafiq Daud, 10, merupakan peserta ketiga daripada 24 peserta program tersebut yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Perumahan Rakyat (RPR), Jalan Astana di sini pagi ini.

Bagaimanapun pelajar tahun empat itu tiba-tiba membatalkan hasratnya kerana terlalu takut setelah melihat perubahan pada kemaluan rakannya yang telah disuntik dengan jarum berkenaan.

Kedua-dua ibu dan bapa Muhammad Wafiq dan gurunya yang melihat keadaan itu bertindak memujuk dan memberinya masa untuk berfikir dengan tenang.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu turut diminta mengucap dua kalimah syahadat, membaca surah al-Fatihah serta pelbagai lagi doa.

Kerana terlalu takut, dia juga terbaca doa untuk makan.

Muhammad Wafiq turut meminta ibunya supaya meminjamkannya telefon bimbit bagi meringankan kegelisahan sebelum dia akhirnya berjaya dikhatankan kira-kira pukul 11 pagi.

"Tak sakit, tapi geli," katanya kepada Mingguan Malaysia pada majlis khatan tersebut.

Bapanya, Daud Padi, 48, berkata, dia dan isteri sebelum ini berjaya meyakinkan anaknya untuk berkhatan dan tidak menjangka perkara itu berlaku.

Majlis khatan beramai-ramai itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN