VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PENDIDIKAN

ARKIB : 21/11/2009

Kemerosotan subjek BI di bandar

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Masalah penguasaan bahasa Inggeris nampaknya bukan sahaja dihadapi oleh pelajar luar bandar bahkan pelajar di bandar.

Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diumumkan Pengarah Pelajarannya, Sulaiman Wak semalam menunjukkan kemerosotan dalam mata pelajaran itu.

Justeru bagi menangani masalah itu, pihaknya akan menjalin kerjasama dengan unit-unit tertentu di Kementerian Pelajaran untuk memperbaikinya.

''Para pegawai yang terlibat di dalam subjek berkenaan perlu berusaha keras memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

''Sistem pengagihan guru yang lebih baik di Wilayah Persekutuan juga akan diberi penekanan bagi menjayakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI),'' ujarnya.

Subjek Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan (SK) sekitar bandar raya ini menurun 2.02 peratus kepada 76.83 peratus berbanding 78.85 peratus tahun lepas.

Keputusan di sekolah jenis kebangsaan (SJK) pula mencatat penurunan 1.94 peratus kepada 74.68 peratus berbanding 76.62 peratus tahun lalu.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, pihaknya juga akan memberi perhatian terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang turut mencatat penurunan walaupun tidak ketara.

Menurutnya, mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman di SK menurun 0.57 peratus kepada 92.60 peratus berbanding 93.17 peratus tahun lalu sementara Bahasa Melayu Penulisan pula merosot 0.93 peratus menjadi 90.46 peratus.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.