Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 21/11/2009
Pelajar M'sia-Indonesia berperanan tingkat hubungan baik

Pelajar M'sia-Indonesia berperanan tingkat hubungan baik

21/11/2009 9:11pm

BANDUNG (Indonesia) 21 Nov. – Kira-kira 6,000 penuntut Malaysia di Indonesia perlu berperanan lebih besar sebagai duta kecil negara dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara berjiran ini, yang kadang-kadang renggang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang menghadiri perbincangan lebih sejam dengan para pemimpin pelajar itu berkata, penuntut sendiri berasa perlu berperanan untuk mempertingkatkan kegiatan-kegiatan yang boleh mempereratkan hubungan antara generasi muda kedua-dua negara.

"Ini selaras dengan apa yang telah disepakati antara pemimpin kedua-dua negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dalam lawatan beliau ke Kuala Lumpur minggu lepas,” kata Muhyiddin selepas mengadakan perjumpaan dengan 11 pemimpin Kelab-kelab UMNO di Indonesia di sini, hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN