Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 21/11/2009
Kualiti produk M'sia diiktiraf peringkat antarabangsa

Kualiti produk M'sia diiktiraf peringkat antarabangsa

21/11/2009 7:46pm

MELAKA 21 Nov. — Kualiti barangan buatan Malaysia semakin diiktiraf di pasaran antarabangsa dan ia membantu dalam menembusi pasaran itu dengan meluas, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Beliau berkata, terdapat pengusaha di Malaysia mengeluarkan barangan jenama antarabangsa dan ia membuktikan kebolehan pengusaha tempatan sudah diiktiraf.

"Oleh itu, kita sebagai warga Malaysia perlu yakin dengan kualiti barangan keluaran negara kita sendiri dengan membeli barangan buatan Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan “Buy Malaysia Bling Bling Fair 2009” di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN