Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 21/11/2009
KPDNKK rampas DVD cetak rompak bernilai RM400,000

KPDNKK rampas DVD cetak rompak bernilai RM400,000

21/11/2009 7:40pm

KUALA LUMPUR 21 Nov. — Sejumlah 46,510 keping cakera padat digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak rompak bernilai RM400,000 dirampas bahagian penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya dari sebuah rumah di Taman Cheras Utama di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasaan KPDNKK Putrajaya Iskandar Halim berkata, serbuan itu dijalankan kira-kira pukul 2 petang oleh 10 anggota dan pegawai KPDNKK hasil risikan dan maklumat yang diperolehi.

Beliau berkata, ketika serbuan itu, tiga lelaki yang menyedari kehadiran anggota KPDNKK bertindak melarikan diri melalui pintu belakang rumah dua tingkat tersebut.

"Ketiga-tiganya melarikan diri dan kami tidak sempat menahan mereka. Ketika insiden itu juga, seorang anggota kita terseliuh bahu kerana terjatuh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan. Beliau berkata hasil pemeriksaan di dalam bilik dan ruang tamu menemui 42,230 keping VCD dan 4,280 DVD lagu dan filem pelbagai tajuk.

"Kita percaya VCD dan DVD ini dibungkus di sini sebelum diedarkan untuk pasaran sekitar Lembah Klang,” katanya.

Katanya, KPDNKK kini sedang menyiasat dan mengesan pemilik rumah itu untuk siasatan lanjut. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN