Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 21/11/2009
Mayat pekerja kuari runtuh ditemui

Mayat pekerja kuari runtuh ditemui

21/11/2009 6:54pm

LUMUT 21 Nov. — Mayat seorang warga Bangladesh yang bekerja di sebuah kuari yang runtuh Khamis lalu di Jalan Teluk Muroh-Teluk Batik di sini ditemui pagi ini dalam keadaan tertiarap berdekatan dengan jentera pengorek.

Pegawai Daerah Manjung, Ahmad Shafee berkata, ketika kejadian mangsa, Md.

Soyad Mia, 31, sedang membaiki jentera pengorek itu bersama seorang lagi pekerja manakala dua yang lain sedang bekerja di kawasan bukit kuari.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan sebaik sahaja laporan kejadian diterima kira-kira pukul 5.30 petang, Khamis lepas.

"Operasi mengesan mangsa terjejas ekoran hujan lebat dan keadaan cerun bukit yang tidak stabil,'' katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN