|
KUALA LUMPUR 21 Nov. — Kelantan dilanda banjir “gelombang kedua"
apabila penduduk di Kuala Krai dipindahkan akibat limpahan Sungai Kelantan manakala keadaan banjir di Pahang masih tidak berubah hari ini.
Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri berkata, 224 mangsa di Kuala Krai dipindahkan kira-kira 4 petang ini ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Telekong, Kuala Krai.
"Kesemua mereka ini penduduk Kampung Telekong yang tinggal berhampiran tebing Sungai Kelantan.
"Banjir kilat juga dilaporkan berlaku di Rantau Panjang dengan 14 orang daripada tiga keluarga dipindahkan berikutan rumah mereka dinaiki air berikutan hujan lebat,” katanya kepada Bernama di sini. - Bernama
IKLAN@UTUSAN
|