Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 21/11/2009
Kafa sumbang RM2.4j kepada FAM musim 2009, kata Anuar

Kafa sumbang RM2.4j kepada FAM musim 2009, kata Anuar

21/11/2009 6:41pm

KOTA BHARU 21 Nov. — Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyumbang kira-kira RM2.4 juta secara langsung dan tidak langsung kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepanjang Liga Malaysia musim ini, kata Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, sumbangan itu diperolehi FAM melalui pungutan jualan tiket, bayaran levi dan denda yang dikenakan ke atas Kafa sepanjang perlawanan musim ini.

Beliau berkata, pada musim ini, Kafa membayar denda RM250,000 kepada FAM setelah didapati bersalah akibat perbuatan penonton Kelantan yang merusuh pada perlawanan separuh akhir Piala FA April lalu, termasuk RM50,000 pada perlawanan akhir Piala Malaysia, 7 Nov. lepas.

"Senario ini memperlihatkan Kafa satu-satunya pasukan yang paling tinggi memberi sumbangan kepada FAM melalui pelbagai hasil dalam bola sepak di negara ini,” katanya pada majlis memperkenalkan 25 pemain Kelantan dalam skuad “The Red Wariors” Musim 2010 di Kelantan Trade Center (KTC), di sini, hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN