|
PUSA (SARAWAK) 21 Nov. — Kawasan Batang Lupar di Sarawak berpotensi besar untuk menjadi pusat penternakan lembu daging dan kambing secara komersial, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim di sini hari ini.
Beliau berkata, kementeriannya merancang mewujudkan Kawasan Tumpuan Sasaran (TAC) untuk ternakan lembu di Sarawak dengan melibatkan program perintis yang disertai 16 peserta untuk ternakan haiwan itu dan 26 peserta ternakan kambing bermula bulan depan.
"Sebagai permulaan saya juga akan meminta pihak kementerian untuk mewujudkan satu program Lembah Daging Sarawak di kawasan Batang Lupar,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama
IKLAN@UTUSAN
|