|
KUDAT 21 Nov — Sebelas lagi sekolah rendah luar bandar Sabah dan Sarawak akan menerima pakai tidak lama lagi Sistem Pembelajaran Pintar, sebuah projek komuniti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kata menterinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Beliau berkata setakat ini dua sekolah telah menerima pakai sistem itu.
Terbaru SK Tinangol di Matunggong, di sini, selepas kejayaan projek percubaan di SK Nanga Kesit di Lubok Antu, Sarawak pada April.
“MOSTI memainkan peranan strategik dalam memperkenal pembelajaran pintar bagi membantu menambah baik prestasi akademik pelajar di luar bandar.
"Dengan cara ini pelajar luar bandar akan mendapat peluang sama seperti pelajar di bandar untuk menggunakan alat-alat pembelajaran pintar di bilik darjah mereka,” kata Ongkili semasa melancarkan sistem berkenaan di SK Tinangol hari ini.
Beliau berkata sistem tersebut, dimajukan oleh Sirim Berhad, merupakan cara untuk membawa teknologi kepada masyarakat dengan melengkapkan bilik sekolah dengan sistem ”interactive whiteboard” yang menggunakan perisian interaktif, ”electronic whiteboard”, komputer dan projektor, bagi menjadikan pembelajaran lebih menceriakan dan berkesan untuk pelajar, katanya.
— BERNAMA
IKLAN@UTUSAN
|