|
ALOR SETAR 21 Nov — Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya dan semua pusat penempatan di daerah terbabit banjir iaitu Kota Setar dan Bandar Baharu telah ditutup hari ini.
Jurucakap bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu memberitahu, semua mangsa banjir telah pulang ke rumah masing-masing kira-kira pada pukul 1 petang tadi.
"Pusat penempatan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Cina Bagan Samak (Bandar Baharu), merupakan yang terakhir ditutup hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, sebelum ini pusat berkenaan menempatkan dua keluarga membabitkan 11 orang penduduk yang terbabit banjir di kampung Bagan Semak, Bandar Baharu.
— BERNAMA
IKLAN@UTUSAN
|