Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 21/11/2009
140 pelajar, pensyarah politeknik terkandas di kaki Gunung Tebu

140 pelajar, pensyarah politeknik terkandas di kaki Gunung Tebu

21/11/2009 2:20pm

BESUT 21 Nov — Seramai 140 pelajar dan pensyarah dari Politeknik Kota Baharu, Kelantan yang mengikuti sesi perkhemahan di kawasan rekreasi Lata Belatan di kaki Gunung Tebu dekat Jabi, di sini terkandas ekoran laluan masuk ke kawasan rekreasi itu ditenggelami banjir awal pagi tadi.

Kumpulan itu yang tiba untuk aktiviti perkhemahan di kawasan berkenaan sejak Khamis lalu dengan menaiki dua bas dipercayai gagal keluar pagi ini berikutan beberapa lokasi di antara jalan dari Kampung Kuala Kubang ke kawasan rekreasi berkenaan dinaiki air antara 0.5 hingga 1.5 meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Roslan Hassan yang dihubungi pagi ini mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat mengenai perkara itu memandangkan pihak polis tidak dimaklumkan mengenai lawatan berkenaan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pihaknya telah menghubungi pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Jerteh telah pun memulakan operasi membawa pelajar-pelajar berkenaan keluar daripada kawasan itu.

— BERNAMA

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN