Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 21/11/2009
Amaran hujan peringkat jingga di Kelantan, Terengganu

Amaran hujan peringkat jingga di Kelantan, Terengganu

21/11/2009 11:42am

KUALA LUMPUR 21 Nov — Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan ditingkatkan ke peringkat Jingga hari ini di semua daerah di Kelantan dan Terengganu dengan hujan monsun sederhana dijangka berterusan sehingga minggu depan.

Menurut kenyataan Jabatan itu, hujan lebat diramal berterusan sehingga Rabu depan dan boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah berdekatan sungai.

Di Pahang, hujan dari masa ke semasa dijangka berterusan hingga Selasa di daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Maran dan Rompin.

Keadaan sama juga akan berterusan sehingga esok di Perak, Kedah dan Perlis sehingga Rabu.

Kawasan yang terlibat di Perak ialah daerah Hulu Perak, Larut dan Matang manakala di Kedah ialah daerah Sik, Baling, Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar dan Pendang.

Amaran angin kencang dan laut bergelora juga dipertingkatkan ke kategori kedua untuk angin kencang Timur Laut di perairan Condore di Laut China Selatan dengan kelajuan 50-80km sejam dan ombak setinggi 4.5 meter dijangka akan berlaku sehingga esok.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Angin kencang sehingga mencapai kelajuan 40-50km sejam dengan keadaan ombak setinggi 3.5 meter pula berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Kudat di utara Sabah berterusan sehingga Selasa.

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Ribut petir yang berlaku di perairan Langkawi, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah (Kudat dan Sandakan) dan Laut Sulu dijangka berterusan sehingga tengahari ini menyebabkan ombak setinggi 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

—BERNAMA

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN