|
BEIJING 20 Nov. - Beratus-ratus buah teksi di selatan China mengadakan mogok bagi membantah cadangan kerajaan untuk mengawal industri tersebut dengan orang ramai membaling batu ke arah kereta, lapor media hari ini.
Lebih 200 buah teksi di bandar Putian dalam wilayah Fujian yang mogok sejak Rabu lalu mengadakan tunjuk perasaan dengan menghalang serta memaksa mana-mana teksi yang meneruskan operasi di situ menyertai bantahan mereka, lapor pegawai agensi berita Xinhua.
Jika mereka menolak, para penunjuk perasaan akan membaling batu ke kereta-kereta mereka, kata laporan tersebut.
Mogok tercetus apabila sesetengah pemandu teksi mempertikaikan kenyataan baru kerajaan untuk mengawal industri berkenaan. - AFP
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|